Saturday, July 14, 2012

Ciri-ciri Tamadun

Firaun Menes


Apabila Firaun Menes(3200 S.M) berjaya menyatukan kesemua nome ini menjadi sebuah kerajaan,beliau telah mengasaskan pusat pemtadbiran di bandar Thinis yang terletak di bahagian tengah Sg.Nil .Pusat pentadbiran telah berpindah ke bandar Memphis yang berhampiran dengan Sg.Nil.Pada kemuncak Zaman Pertengahan,pusat pentadbiran ini telah bertukar ke bandar Thebes.Terdapat juga beberapa bandar penting yang lain seperti Heliopolis,Fayoum dan Abydos.




Kehidupan di bandar merupakan ciri yang sangat penting dalam tamadun ini kerana di sinilah tempat kediaman firaun,pusat pemerintahan dan pentadbiran,dan pelabuhan penting bagi tamadun ini.Bandar turut berperanan sebagai pusat keagamaan dan pusat tumpuan penduduk.



Kehidupan berorganisasi dalam masyarakat Mesir Purba diketuai oleh firaun yang berkuasa mutlak dan dianggap suci.Jawatan ini diwarisi secaara turun-temurun.Pada zaman kerajaan lama,firaun dianggap sebagai jelmaan Tuhan Horus.Namun begitu, pada dinasti ketiga dan keempat,firaun digelar sebagai Raja Matahari kerana dipercayai bahawa firaun ialah anak Tuhan Matahari, iaitu Amon Re.
  • Firaun juga merupakan:
  • ketua pendeta
  • pemilik tanah
  • ketua hakim
  • ketua pahlawan 
    Selepas firaun ialah golongan bangsawan,rahib,jurutulis serta tuan tanah.Ini diikuti oleh petani,pedagang dan artisan.Lapisan yang terbawah ialah hamba.
  • *FIRAUN*
    - ketua kerajaan Mesir Purba
    - perkataan ini berasal daripada perkataan Yunani,iaitu pharaoh yang bererti rumah  yang agung.
    rumah yang agung bermakna pihak atanpun kuasa yang mengenakan cukai terhadap tanah dan harta.Ini merujuk kepada istana dan raja yang memerintah,iaitu firaun.





    Sistem pemerintahan Mesir Purba diterajui oleh raja.iaitu firaun.Beliau dibantu oleh golongan bangsawan untuk menjalankan pentadbiran,menjaga keamanan,mengurus, dan mengagihkan penghasilan maknan.Golongan bangsawan terdiri daripada pengawai,penasihat dan juga gabenor.Para rahib dipertanggungjawabkan untuk mentadbir hal keagamaan.Urusan pentadbiran ini jaga dibantu oleh jurutulis yang terdiri daripada orang awam untuk menulis segala rekod kerajaan.
    Tamadun Mesir Purba juga telah mengiktirafkan wanita  sebagai pemimpin.Pada zaman empayar seorang wanita iaitu Firaun Hatshepsut telah dilantik sebagai firaun.(1501-1479S.M).Era pemerintahannya penuh dengan pembaharuan seperti pembinaan terusan dan penukaran padang pasir kepada tanah pertanian yang subur.Ini menunjukkan bahawa wanita dalam tamadun Mesir Purba mampu memerintah serta memiliki status yang tinggi.

    Kehidupan berorganisasi


     



    Dengan wujudnya pengkhususan kerja seperti penenunan dan pembuatan barang tembikar dan juga peralatan,Mesir Purba telah berkembang maju.Eksport utama Mesia Purba ialah tekstil dan kertas.
    Aktiviti ekonomi yang lain:
    perlombongan emas (Nubia),Sungai Nil yang lebar dan dalam telah membolehkan kapal-kapal menyusurinya dan berlabuh di pelabuhan-pelabuhan sepertiThebes,Memphis,Fayoum dan Heliopolis.Sistem pemerintahan yang terancang talah berjaya menarik pedagang-pedagang dari Laut Mediterranean dan Laut Merah untuk singgah di pelabuhan Mesir Purba.



    Orang Mesir Purba percaya kepada politeisme. Politeisme bermaksud kepercayaan kepada banyak tuhan.Setiap tuhan orang Mesir Purba selalu dikaitkan dengan:
    • Re(Tuhan Matahari)

    Photobucket
    • Ra-Atum(Tuhan Langit)
    Photobucket
    • Amun(Tuhan Angin)
    Photobucket

      Orang Mesir Purba juga percaya kepada kehidupan selepas mati.Mayat perlu simpan dan dijaga dengan teliti.Makam mayat juga perlu dipenuhi dengan peralatan serta keperluan kehidupan selepas mati.Solekan mayat,alat kebesaran,dan jumlah barang yang dikebumikan di dalam makam menunjukkan kedudukan atau status mayat tersebut.



    Tamadun Mesir Purba juga telah mempunyai
     sistem tulisan yang dikenali sebagai 
    hieroglif(kombinasi gambar dan simbol yang berdasarkan bunyi).Sistem tulisan ini penting untuk mencatatkan rekod aktiviti pertanian,pengutipan cukai,tujuan keagamaan dan amalan ritual kepercayaan.


     



    No comments:

    Post a Comment