Monday, July 30, 2012

Sumbangan Tamadun Mesir




1. SENI BINA


Tamadun Mesir Purba terkenal dengan Piramid. Pembinaan piramid bermula daripada ilham Imhotep. Beliau merupakan seorang ahli saintis,ahli fizik, arkitek dan penasihat penting kepada Firaun Djoser, iaitu firaun kedua pada dinasti ketiga. Beliau telah memperkenalkan teknik pembinaan bangunan dengan menggunakan batu bata. Beliau juga merupakan pengamal ilmu perubatan dan pengarang buku sains dan sastera. Jasa Imhotep yang paling besar ialah pembinaan piramid Sakkara. Piramid Sakkara ini merupakan pyramid yang tertua dan binaan batu yang pertama di dunia. Piramid ini dibina untuk Firaun Djoser. Pembinaan piramid menggambarkan kreativiti masyarakat Mesir Purba dalam bidang pembinaan. Sehingga hari ini, kejayaan mereka masih dikagumi.

2. PENGGUNAAN KERTAS

 




                                                                      SELEPAS DIPROSES


Orang Mesir Purba telah berjaya mencipta kertas daripada pokok papyrus yang banyak hidup di Lembah Nil. Penciptaan kertas ini telah memudahkan penyimpanan dan meninggalkan kebergantungan pada kepingan batu bata untuk menyimpan segala khazanah bangsa.


3. SISTEM TULISAN











tulisan Hieroglif


berkembang  menjadi

Tulisan Hieratik
 berkembang menjadi




tulisan Demotik


Semua tinggalan tamadun Mesir Purba adalah dalam bentuk rekod yang tertulis dan terpahat dalam sistem tulisannya, iaitu hieroglif. Hieroglif ialah tulisan awal Mesir dan merupakan tulisan bergambar. Tulisan ini berkembang ke tulisan hieratik, iaitu tulisan berangkai. Seterusnya, sistem tulisan telah berkembang kepada tulisan demotik pada 700s.m. Keagungan tamadun Mesir Purba dapat dibaca daripada sistem tulisan yang terpahat dengan begitu cantik, halus dan penuh seni pada makam dan batu.

4. SISTEM PENDIDIKAN


Kerajaan Mesir Purba telah mewujudkan sistem pendidikan untuk kanak-kanak daripada keluarga atasan. Mereka diberikan pendidikan sejak umur yang rendah lagi. Institusi pendidikan ini diuruskan oleh rumah ibadat dan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan. Penekanan terhadap pendidikan bertujuan untuk melahirkan para pegawai kerajaan terutamanya jurutulis yang sempurna dan terlatih. Ilmu geometri, matematik dan sains diajar bagi melahirkan golongan terlatih yang boleh menguruskan halehwal pertanian, pengawalan air Sungai Nil serta pembinaan bangunan dan piramid.

5.SISTEM PERUBATAN

Tamadun Mesir Purba yang maju dalam ilmu perubatannya telah melahirkan pengamal perubatan. Mereka ini mendapat status yang tinggi dalam masyarakat Mesir Purba dan berkhidmat untuk firaun dan juga masyarakat. Kemajuan dalam bidang perubatan terutamanya proses memumiakan mayat berkait rapat dengan kepercayaan orang Mesir Purba. Tahap keilmuan dan kemahiran terutamanya dalam bidang fizik, kimia, perubatan dan pembedahan memberikan sumbangan besar kepada perkembangan ilmu hari ini.



6.ILMU MATEMATIIK




Keagungan tamadun Mesir Purba jelas bergantung kepada pengawalan aliran air Sungai Nil yang menjadi nadi kepada tamadun Mesir Purba. Perkembangan ilmu matematik seperti algebra, geomatri dan astronomi telah digunakan sepenuhnya dalam usaha orang Mesir Purba mengawal banjir Sungai Nil yang berlaku sekali dalam setahun. Pemerintah Mesir Purba telah berjaya mencipta sistem pengairan yang telah menukarkan kawasan padang pasir menjadi kawasan tanah pertanian. Semasa pemerintahan Firaun Senuustret III, beliau telah membina sebuah tembok pengairan sepanjang 123 kilometer bagi menebus guna kawasan padang pasir dan membina terusan untuk mengairkan tanah seluas 10000 hektar. Pengetahuan dalam bidang astronomi dan matematik ini membolehkan orang Mesir Purba memperkenalkan sistem kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan dalam setahun.

4 comments: